سلامت داتڠ ك سيستم اي-داعي
Selamat Datang Ke Sistem e-Daie
Sistem e-Daie menyediakan maklumat penceramah yang mempunyai tauliah dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi dan orang awam yang ingin mendapatkan perkhidmatan penceramah daripada JAKIM boleh membuat permohonan ke jabatan ini melalui Sistem e-Daie.
Selain penceramah JAKIM, sistem ini juga memaparkan senarai nama penceramah di negeri-negeri sebagai informasi dan rujukan. Sebarang urusan berkaitan penceramah di negeri-negeri, hendaklah dirujuk ke Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri / Jabatan Mufti Negeri.